Bilik Perbincangan | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» PERKHIDMATAN » Bilik Perbincangan

Bilik Perbincangan

 

FSKTM mempunyai lima buah Bilik Perbincangan Pelajar untuk kemudahan pengguna mengadakan perbincangan atau belajar berkumpulan. Bilik ini dilengkapi dengan perabot kayu yang terdiri daripada kerusi dan meja yang berkonsepkan moden dan santai. Muatan pengguna dalam setiap bilik adalah seramai empat hingga sembilan orang.

Selain itu, bilik ini juga mempunyai kemudahan Wifi dan dilengkapi pencahayaan lampu LED bercirikan teknologi sensor gerakan bagi mencapai persekitaran visual yang selesa kepada pengguna. Permohonan untuk menggunakan bilik ini boleh dibuat di talian seperti berikut:

03-9769 3080 (Pejabat Blok A, Aras Bawah)
03-9769 6553 (Pejabat Blok A, Aras 1)
03-9769 1727 / 1747 (Pejabat Ketua-ketua jabatan, Aras 2, Blok C)

Pensyarah yang ingin mengadakan perbincangan bersama pelajar bolehlah membuat tempahan bilik di jabatan masing-masing.

Muatan Maksimum:

BPP1 -  4 orang

BPP2 -  4 orang

BPP3 -  9 orang

BPP4 -  4 orang

BPP5 -  4 orang

 

PERATURAN AM

 

  1. Pengguna perlu memastikan bilik dan peralatannya sentiasa bersih dan kemas;
  2. Jangan menampal kertas atau nota pada pintu atau dinding;
  3. Dilarang membawa makanan dan minuman atau merokok di dalam bilik;
  4. Dilarang membawa sebarang perabot dari ruang luar ke dalam bilik atau dari dalam bilik ke luar;
  5. Pastikan semua pendingin hawa dimatikan sebelum keluar bilik;
  6. Menjaga persekitaran yang senyap dan tenang untuk mengelakkan mengganggu pengguna lain;
  7. Fakulti tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan barang-barang peribadi yang disimpan di bilik;
  8. Simpan kerusi ditempat yang disediakan sebelum meninggalkan bilik;
  9. Sekiranya terdapat dakwaan pelanggaran peraturan dan undang-undang, fakulti berhak membatalkan penggunaan tanpa sebarang notis.
  10. Waktu operasi bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin – Jumaat).
  11. Tempoh penggunaan terhad kepada dua jam untuk setiap tempahan (Bilik Perbincangan).

 

-Pengurusan Fakulti-

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 21/12/2023 [akmalhafiz]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETXA2~