*Berita ini diterbitkan dalam versi Bahasa Malaysia sahaja.
SERDANG, 18 Januari 2024 - Program 'AI Untuk Rakyat’ merupakan sebuah inisiatif kesedaran mengenai kecerdasan buatan (AI) yang dianjurkan oleh MyDIGITAL Corporation dan Intel. Dalam usaha untuk memberikan pendedahan tentang kehadiran AI dalam kehidupan seharian, program ini melibatkan pembelajaran kendiri melalui portal Intel.
Oleh itu, FSKTM telah dijemput sebagai urusetia pameran AI Untuk Rakyat dalam Majlis Pelancaran yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Antara Pusat Bertanggungjawab (PTJ) yang turut mempamerkan projek-projek berkaitan teknologi AI adalah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Fakulti Sains, Institut Kajian Perladangan (IKP), Fakulti Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Rekabentuk dan Senibina serta Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS).
Date of Input: 01/02/2024 | Updated: 01/02/2024 | akmalhafiz
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan