Amaran Penggodam. Apa Mesej Yang Cuba Disampaikan? | Faculty of Computer Science and Information Technology
» ARTICLE » Amaran penggodam. Apa mesej yang cuba disampaikan?

Amaran penggodam. Apa mesej yang cuba disampaikan?

*Artikel ini hanya diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia sahaja. 

 

Kumpulan Anynomous Malaysia mendakwa tahap keselamatan siber negara berada pada tahap yang rendah dan berisiko berlakunya kebocoran maklumat.

 

Berkongsi pandangan oleh pakar keselamatan rangkaian iaitu Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Astro Awani berkata, sebagai pengguna seharusnya faham bahawa pihak berwajib sentiasa berusaha sedaya upaya mungkin memastikan sistem keselamatan berada dalam keadaan terbaik.

 

 

 

Tahap ancaman siber adalah berbeza dalam pelbagai bentuk dan berlaku pada setiap masa. Ada di antara mereka (penggodam) sengaja membuat ancaman bagi menguji tahap pengetahuan dan pengalaman mereka ini. Berdasarkan perkembangan terkini, dalam keadaan pandemik Covid-19 banyak urusan kita berlaku secara atas talian (online). Ancaman siber lebih terdedah pada setiap urusan termasuklah urus niaga online yang dilakukan di mana sebagai orang awam haruslah berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sumber yang diragui.

 

Prof. Zuriati juga menasihatkan bahawa ID pengguna dan kata laluan hendaklah disimpan dalam keadaan yang selamat dan tidak didedahkan kepada mana-mana pihak. Pengguna hendaklah membuat semakan terlebih dahulu apabila menerima segala bentuk mesej atau maklumat daripada pihak yang tidak dikenali.

Date of Input: 27/01/2021 | Updated: 27/01/2021 | akmalhafiz

MEDIA SHARING

Faculty of Computer Science and Information Technology
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
W1UJbLA7:11:05