Isu Privasi Dan Keselamatan Data Pengguna Dalam Teknologi Metaverse | Faculty of Computer Science and Information Technology
» ARTICLE » Isu Privasi dan Keselamatan Data Pengguna dalam Teknologi Metaverse

Isu Privasi dan Keselamatan Data Pengguna dalam Teknologi Metaverse

*Artikel ini disiarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Konsep metaverse menjadi perhatian umum apabila syarikat Facebook membuat penjenamaan semula kepada nama Meta Platforms. Penjenamaan semula ini dilakukan kerana perubahan fokus dan strategi oleh syarikat Meta dan Mark Zuckerberg untuk beralih daripada perkhidmatan media sosial dua dimensi berbentuk laman sesawang kepada perkhidmatan yang berteraskan konsep metaverse. Langkah ini mudah mendapat perhatian kerana Meta merupakan pengendali kepada aplikasi media sosial yang digunakan oleh banyak pengguna di serata dunia, iaitu Facebook dan WhatsApp.

Walau bagaimanapun, Meta bukanlah satu-satunya syarikat yang berminat dengan metaverse. Platform yang menggunakan teknologi dan konsep metaverse seperti Decentraland telah wujud dan menawarkan hartanah maya yang boleh dibeli dengan menggunakan token blok rantai Ethereum, manakala laman TEKNOLOGI DAN INOVASI Isu Privasi dan Keselamatan Data Pengguna dalam Teknologi Metaverse + − Utama Sohor Kini eMajalah Ujana TV Radio Peka Bahasa sesawang The Sandbox pula menawarkan perkhidmatan permainan dalam talian berasaskan metaverse. Metaverse turut diimplimentasi dalam aplikasi dalam talian lain seperti Second Life, Fortnite dan Roblox. Laporan daripada laman sesawang Forbes pada 21 Januari 2022 menyatakan bahawa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Microsoft, Apple, dan Meta sedang berlumba-lumba bagi menghasilkan set kepala terbaik untuk pengguna menikmati persekitaran metaverse. Selain itu, laman sesawang Forbes turut tidak ketinggalan menyiarkan pelbagai laporan bersiri dan liputan khas berkaitan dengan metaverse.

Apakah sebenarnya metaverse? Dari segi istilah, metaverse ialah hasil gabungan morfem meta yang bermaksud pascarealiti dan verse daripada singkatan universe atau alam. Dari segi sejarahnya pula, istilah metaverse muncul pertama kali dalam novel fiksyen sains nukilan Neal Stephenson yang berjudul Snow Crash terbitan pada tahun 1992. Pada masa ini, konsep metaverse ditakrifkan sebagai jaringan persekitaran maya tiga dimensi yang membolehkan manusia terlibat dalam interaksi sosial dan berinteraksi dengan persekitaran maya.

Secara umumnya, interaksi ini perlu menggunakan teknologi dan peranti canggih antara muka manusia-komputer, termasuklah kaca mata, gogel, sarung tangan, set kepala, sut badan, dan sebagainya yang membolehkan pengguna memberikan arahan dan merasai pengalaman dalam metaverse seperti berada dalam dunia sebenar.

Metaverse menggabungkan realiti maya (VR) dengan realiti terimbuh (AR), yakni pengguna bersosial dengan menggunakan avatar (wakil maya) dalam jaringan dunia maya dan berinteraksi dengan objek digital. Disebabkan oleh metaverse menggabungkan VR dan AR, maka pengalaman pengguna turut berupaya merentas persekitaran maya dan alam realiti. Gelombang teknologi ini dikatakan bakal mengubah cara pendidikan, perniagaan, pekerjaan jarak jauh, dan hiburan.

.... ikuti artikel selanjutnya di Dewan Kosmik

 

 

Foto: Dr. Mohd Yunus Bin Sharum

Penulis merupakan pensyarah dan penyelidik dalam Kumpulan Penyelidikan Keselamatan Maklumat di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

 

Date of Input: 17/06/2022 | Updated: 03/08/2022 | haris_harun

MEDIA SHARING

Faculty of Computer Science and Information Technology
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
BVITQAL:16:30