Sistem Pengoperasian Yang Tidak Pernah Letih | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Sistem Pengoperasian yang Tidak Pernah Letih

Sistem Pengoperasian yang Tidak Pernah Letih

*Artikel ini disiarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.

Pada zaman ini, terdapat pelbagai jenis komputer yang digunakan dalam kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan komputer dan apakah ciri-cirinya? Pernahkan terlintas dalam fikiran kita sewaktu menggunakan komputer, bagaimanakan alat elektronik tersebut berfungsi? Siapakah yang menggerakkan dan menguruskan operasinya sehingga peralatan tersebut dapat digunakan?

Sistem Komputer

Perkakasan merupakan satu daripada komponen atau elemen dalam sistem komputer. Perkakasan komputer pada amnya merujuk peranti digital atau elektronik yang terbentuk daripada hasil gabungan beberapa komponen penting, iaitu cip pemproses; ingatan capaian rawak (RAM); peranti input seperti papan kekunci dan tetikus; peranti output misalnya skrin paparan dan pencetak; peranti storan sekunder seperti cakera keras; dan peranti rangkaian seperti kad rangkaian dan modem. Kesemua komponen ini disambungkan bersama-sama menggunakan litar yang dipanggil sebagai bas di atas papan induk dan juga wayar penyambung.

.... ikuti artikel selanjutnya di Dewan Kosmik edisi Julai 2022

 

 

Foto: Dr. Mohd Yunus Bin Sharum

Penulis merupakan pensyarah dan penyelidik dalam Kumpulan Penyelidikan Keselamatan Maklumat di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Tarikh Input: 14/07/2022 | Kemaskini: 03/08/2022 | haris_harun

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXDcVAJ~