Bakul Rahmah 2.0 Dengan Teknologi Terbaharu, Sedekah Secara Digital | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Bakul Rahmah 2.0 dengan teknologi terbaharu, sedekah secara digital

Bakul Rahmah 2.0 dengan teknologi terbaharu, sedekah secara digital

 

 


BAKUL Rahmah mula diperkenalkan sejak Covid-19 melanda negara yang mengakibatkan sesetengah rakyat sangat memerlukan bantuan terutamanya di dalam bentuk bahan mentah makanan.

 

Kebiasaannya, bakul rahmah ini mengandungi makanan rutin harian seperti beras, sardin, minyak masak, gula, garam, mee segera dan telur yang mana nilainya bergantung kepada kuantiti ditetapkan.

 

Pada ketika itu, bakul rahmah disediakan oleh pihak berwajib dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu rakyat.

 

Kini dengan wujudnya Bakul Rahmah 2.0 diharapkan semua pihak termasuk individu yang berupaya boleh terus mengambil bahagian dengan menyediakan bantuan untuk disampaikan kepada pihak yang memerlukan tanpa melalui perantaraan atau pihak ketiga.

 

Dalam hal ini, Bakul Rahmah 2.0 secara maya atau digital juga boleh digunakan di samping menyokong bakul rahmah secara fizikal terutamanya yang membabitkan sumbangan berbentuk kewangan secara pendigitalan.

 

Terdapat banyak hikmah atau manfaat yang boleh diperolehi di dalam penyediaan dan pelaksanaan model Bakul Rahmah 2.0 ini iaitu sama ada secara eksplisit atau implisit terutamanya dengan kemunculan teknologi terbaharu (emerging technology) seperti sistem pengintegrasian yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (artificial intelligence - AI), dan penggunaan aplikasi data raya (big data) secara analitik serta penggunaan komputeran awan untuk membuat projeksi atau ramalan terhadap keperluan dan cadangan awalan bagi penggunaan bakul rahmah.

 

Ini termasuk menggalakkan pihak yang berupaya atau berkemampuan menyumbang selari dengan semangat kekitaan yang mana kita digalakkan untuk hidup dengan saling bantu membantu dan berkongsi rezeki.

 

Selanjutnya, hikmah penyediaan dan pelaksanaan Bakul Rahmah juga dilihat dapat meningkatkan kualiti kehidupan secara inklusif bagi mengurangkan jurang kehidupan di antara golongan yang kurang berada atau berupaya terutamanya mereka yang dikategorikan sebagai golongan yang miskin tegar atau asnaf.

 

Selain dari itu, melalui aktiviti sumbangan ini, hikmahnya juga dapat dilihat sebagai satu faktor untuk mengurangkan tekanan psikologi terhadap golongan suka menyumbang dan juga golongan yang akan menerima sumbangan.

 

 

Isu dan cabaran

Di dalam penyediaan dan pelaksanaan Bakul Rahmah 2.0 ini, terdapat beberapa isu dan cabaran yang perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkepentingan.

 

Ini termasuk mewujudkan satu pelantar atau portal bagi mengurus dan menyelenggara maklumat penyumbang dan penerima termasuklah membuat pemantauan maklumat mereka supaya projek ini terutamanya yang membabitkan sistem pengoperasian yang dilaksanakan secara di dalam talian atau melalui proses pendigitalan dapat dilestarikan.

.

.

.

... ikuti artikel selanjutnya di Harian Metro (19 Ogos 2023)

 

Rusli

Penulis adalah Profesor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM); Pemikir Penyelidikan di Institut Kajian Sains Sosial (IPSAS), UPM dan Timbalan Pengerusi, Kluster ICT, Majlis Profesor Negara

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 24/08/2023 | Kemaskini: 24/08/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdXA3~