Memperkukuh Mutu Perkhidmatan Penjawat Awam Melalui Teknologi Terkini | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Memperkukuh Mutu Perkhidmatan Penjawat Awam Melalui Teknologi Terkini

Memperkukuh Mutu Perkhidmatan Penjawat Awam Melalui Teknologi Terkini

 

 

 

 

Penggunaan teknologi maklumat khususnya teknologi terkini dalam kalangan penjawat awam bukan lagi perkara asing atau baharu terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada pengguna atau rakyat pada setiap masa tanpa mengira di mana mereka berada.

Dalam hal ini, penggunaan teknologi terbaharu yang dikaitkan dengan penggunaan teknologi revolusi perindustrian 4.0 (IR4.0) seperti sistem kecerdasan buatan, teknologi data raya dan rangkaian pengkomputeran awan dilihat dapat membantu memperkukuhkan mutu perkhidmatan sektor awam khususnya kepada penjawat awam yang menjadi tunggak atau nadi utama dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan berkesan.

Di samping itu, penggunaan teknologi terbaharu juga dapat memastikan mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat diperkukuhkan melalui transformasi digital bagi setiap urusan yang melibatkan rakyat. Ini termasuk urusan yang melibatkan penggunaan sistem aplikasi di pejabat yang menggunakan kaedah konvensional dapat diautomasikan dengan sistem pintar melalui penggunaan teknologi terbaharu IR4.0 tersebut.

.

.

.

… ikuti artikel selanjutnya di Bernama (15 Januari 2024)

 

 

Prof. Ts. Dr. Rusli Hj. Abdullah (Foto)

Penulis adalah Profesor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 16/01/2024 | Kemaskini: 16/01/2024 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEbNA5~