Memperkasakan Pengurusan Ibadah Haji Melalui Sokongan Alatan Teknologi Sistem Pintar | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Memperkasakan pengurusan ibadah haji melalui sokongan alatan teknologi sistem pintar

Memperkasakan pengurusan ibadah haji melalui sokongan alatan teknologi sistem pintar

 

 

JEMAAH haji adalah tetamu Allah. Pada setiap tahun atau dikenali sebagai musim haji iaitu bermula dari Syawal, Zulkaedah dan awal Zulhijjah dalam kalender Islam, mereka yang datang dari pelbagai pelusuk negara akan berduyun-duyun ke bumi Anbiya iaitu bumi Madinah dan Makkah.

Umat Islam datang beramai-ramai untuk mengerjakan umrah dan haji dengan matlamat utama mendapat rahmat di sisi Allah seterusnya dikurnia Allah dengan haji yang mabrur.

Selaras dengan itu, penggunaan teknologi komputer yang dilengkapi dengan sistem cergas atau pintar dilihat mampu menyokong pengoperasian ibadah haji dengan lebih berkesan.

Jurang penggunaan teknologi komputer secara sistematik masih boleh dipertingkatkan terutamanya dalam konteks memperkasakan mutu perkhidmatan urusan ibadah haji dalam kalangan jemaah membabitkan pihak bertanggungjawab secara langsung seperti pengurus jemaah haji atau badan tertentu seperti Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) di Malaysia demi kepentingan tetamu Allah.

 

Pengoperasian Urusan Ibadah Haji

 

Operasi ibadah haji adalah satu proses yang sangat penting bagi diurus dengan komprehensif dan sistematik agar segala usaha menjadi lebih berkesan dan efisyen.

 

Jemaah haji datang dari kalangan pelbagai negara Islam seperti di Malaysia melalui badan institusi LUTH dan di rantau Asia Tenggara serta keseluruhan negara Islam amnya.

Justeru itu, bagi memantapkan lagi urusan pengoperasian dalam kalangan jemaah haji agar dapat melaksanakan ibadah dengan dengan lebih berkesan dan efisyen, peranan teknologi komputer melalui sistem kecerdasan buatan (artifical intelligence system - sistem AI) atau sistem pintar sebagai alatan sokongan amat diperlukan dan mustahak.

Pengoperasian sistem pengurusan ibadah haji ini juga boleh dipasang dan diintegrasikan dengan sistem aplikasi pintar yang mana selaras dengan perkembangan teknologi semasa terutama di zaman pendigitalan yang beroperasi menggunakan sistem komputer pintar sepenuhnya.

Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri kepintaran seperti sistem komunikasi menggunakan media sosial seperti WhatApps, penunjuk arah Kaabah atau kiblat, sistem waktu solat, kiraan bilangan jamrah, sai, dan sebagainya.

 

Peranan Teknologi Kecerdasan Buatan dalam urusan jemaah haji

Dalam usaha memperkasakan urusan ibadah haji di dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah, terdapat beberapa peranan teknologi kecerdasan buatan yang dikenal pasti boleh dimainkan pemegang taruh terutamanya menggunakan pendekatan teknologi AI dengan lebih komprehensif dan bersistematik.

Dalam hal ini, terdapat tiga pemain atau pemegang taruh utama yang boleh dikaitkan dengan penggunaan teknologi pintar di dalam aspek pengurusan mereka.

Pemegang taruh utama terdiri daripada individu yang melaksanakan ibadah haji itu sendiri, badan pengurusan jemaah haji bagi mengendali jemaah dan pengendali jemaah yang menerima kumpulan jemaah haji di Makkah Al-mukaramah.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan usaha ini berjaya dan jemaah haji dapat mengerjakan ibadah dengan baik maka peranan teknologi komputer dapat dilihat di dalam konteks beberapa proses iaitu seperti permohonan, kelulusan dan persiapan serta pelaksanaan ibadah haji seperti pemantauan jemaah haji dan sebagainya.

Kefungsian sistem pintar juga ini termasuklah memberikan notifikasi maklumat terkini kepada jemaah, menjejaki jemaah haji yang hilang melalui sistem pengesanan rangkaian, dan pemberian pelaporan maklumat haji yang berkala, serta membuat ramalan peristiwa tertentu seperti bencana ribut pasir atau banjir kepada jemaah secara masa nyata dan sebagainya.

 

 

Isu dan cabaran

Terdapat pelbagai isu dan cabaran utama yang dikaitkan dengan pemerkasaan urusan ibadah haji ini.

 

 

.... ikuti artikel selanjutnya di Harian Metro (22 Jun 2023)

 

Rusli

Foto: Prof. Ts. Dr. Rusli Hj Abdullah

 Penulis merupakan profesor di Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/06/2023 | Kemaskini: 23/06/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdUAi~