Memperkasakan Pertanian Moden Melalui Penggunaan Teknologi Terbaharu | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Memperkasakan Pertanian Moden Melalui Penggunaan Teknologi Terbaharu

Memperkasakan Pertanian Moden Melalui Penggunaan Teknologi Terbaharu

 

 

PERANAN teknologi terbaharu (emerging technology) di dalam bidang pertanian tidak dapat disangkal lagi.

Ianya sangat penting terutamanya di dalam memastikan sumber pertanian yang dihasilkan dapat menjamin kecukupan bekalan untuk kegunaan pengguna akhir di dalam konteks keterjaminan makanan (food security).

Penggunaan teknologi terbaharu ini merangkumi teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) atau teknologi sistem pintar (smart system), data raya (big data), Internet benda (IoT), teknologi rantaian blok (Block Chain), pengintegrasian sistem (system connectivity), dan komputeran awan serta lain-lain teknologi yang mana selari dengan perkembangan dengan revolusi perindustrian (IR) 4.0.

Faedah yang diperolehi melalui penggunaan terbaharu melalui pertanian moden ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek operasi dan pengurusan sumber yang sistematik.

Ia dikawal oleh sistem aplikasi yang menekankan penggunaan sepenuhnya teknologi yang berkenaan. Dengan yang demikian, penghasilan output pertanian dapat dirancang dan dipercepatkan penghasilannya di dengan menggunakan sumber input yang minimum.

 

 

Peranan teknologi baharu di dalam konteks pertanian moden

 

Penggunaan teknologi terbaharu di dalam konteks pertanian moden boleh dikaitkan dengan penggunaan teknologi maklumat secara giat atau aktif bagi setiap elemen atau teknologi aplikasi di dalam konteks IR4.0.

Ia membolehkan pemegang taruh dalam bidang pertanian seperti petani, pembekal alatan sokongan pertanian, pentadbir seperti pegawai kerajaan dan pengguna akhir yang menggunakan hasil pertanian untuk penggunaan harian mereka.

Bermula dengan penggunaan teknologi data raya dan mengintegrasikan sistem dengan kecerdasan buatan, ianya membolehkan semua pemegang taruh bekerjasama dan berkongsi data serta pengetahuan menerusi pelantar tambahan komputeran awan bagi mendapatkan maklumat serta membuat ramalan secara prototaip dan proses simulasi untuk membuat keputusan dengan cepat dan tepat.

Manakala di dalam kontek teknologi perladangan, peranan Internet benda yang dilengkapi alatan pengesan dan robotik seperti dron membolehkan operasi tanaman atau perladangan dapat digunakan secara atas talian yang dikenali juga sebagai pertanian pintar (smart farming).

 

 

 

.... ikuti artikel selanjutnya di Harian Metro (11 Ogos 2023)

 

Rusli

Foto: Prof. Ts. Dr. Rusli Hj Abdullah

Penulis merupakan profesor di Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pemikir Penyelidikan di Institut Kajian Sains Sosial (IPSAS), UPM dan Timbalan Pengerusi, Kluster ICT, Majlis Profesor Negara

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 11/08/2023 | Kemaskini: 11/08/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdTAw~