Teknologi Kecerdasan Buatan Sebagai Alatan Sokongan Sistem Pendidikan | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» ARTIKEL » Teknologi Kecerdasan Buatan Sebagai Alatan Sokongan Sistem Pendidikan

Teknologi Kecerdasan Buatan Sebagai Alatan Sokongan Sistem Pendidikan

 

 

 

PERUBAHAN arus dan corak pendidikan negara pada masa kini dilihat tidak terlepas daripada membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence -AI) sebagai alatan utama yang boleh membantu atau menyokong mutu pendidikan ke arah cemerlang serta gemilang.

 

Keupayaan teknologi AI bukan saja boleh digunakan sebagai alatan di dalam kelas untuk bahan pengajaran tetapi juga boleh digunakan bagi menganalisis, menyusun dan merangka rancangan pengajaran serta pembelajaran secara sistematik.

 

Dalam hal ini, teknologi AI boleh diterokai di dalam pelbagai aspek dunia pendidikan yang bermula daripada perancangan dan pembangunan kurikulum dan kokurikulum sehinggalah ke peringkat pelaksanaan yang mana boleh dilihat untuk mengkaji pencapaian produk pendidikan iaitu pelajar yang bergraduat (graduan).

 

Ini termasuklah juga penghasilan pemetaan pembelajaran dan penaksiran yang dilaksanakan serta penjajaran berbanding dengan hasil keluaran dan keperluan atau permintaan daripada majikan yang memerlukan graduan yang berkenaan.

 

Teknologi AI berperanan bukan saja di dalam bentuk perkakasan seperti robot yang boleh dipegang atau bergerak dengan sendiri tetapi juga di dalam bentuk perisian yang dikenali sebagai softbot yang juga boleh membantu pemegang taruh di dalam dunia pendidikan terdiri daripada pentadbir, pendidik, ibu bapa, penaja, dan pelajar itu sendiri untuk mengurus dan memantau kemajuan pencapaian pendidikan.

 

Di dalam konteks pemegang taruh pendidik, terdapat banyak fungsi teknologi AI yang boleh disumbangkan kepada golongan pendidik.

 

Ini termasuklah membantu pendidik untuk menganalisis data bagi memantau prestasi pelajar dan membuat ramalan serta cadangan terhadap tindakan susulan yang berdasarkan penafsiran keputusan bagi data pelajar yang dicerap secara berterusan dan sistematik.

 

Begitu juga dengan pemegang taruh iaitu pentadbir dalam konteks pendidikan, teknologi AI banyak membantu mereka untuk mengurus dan memantau pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran bagi mengikut rancangan pengajaran serta mencapai hasilnya seperti mana yang dijajarkan di dalam objektif pengajaran yang dilaksanakan terhadap pelajar.

 

Di samping itu, peranan teknologi AI juga boleh memberikan sistem amaran awalan (early warning system) terutamanya di dalam konteks penafsiran yang dilakukan secara berterusan (continue assessment) dan mencadangkan tindakan pembetulan yang perlu dilakukan sekiranya keputusan atau prestasi pelajar kurang memberangsangkan.

 

Seterusnya, teknologi AI juga boleh membantu ibu bapa bagi memastikan fungsi dan kecemerlangan pelajar dapat dilestarikan.

 

Peranan teknologi ini dapat dilihat di dalam aspek yang boleh dimanfaatkan oleh mereka iaitu dengan memberikan notifikasi dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil oleh mereka dengan cepat dan tepat.

 

Akhir sekali, peranan penggunaan teknologi AI terhadap pelajar adalah amat penting sekali. Ini termasuklah menggunakan teknologi AI bagi membantu mereka meneroka ilmu baharu terutamanya pembelajaran yang berbantu teknologi AI terkini seperti ChatGPT di samping menggunakan teknologi ini di dalam pelbagai aspek pendidikan dengan secara holistik dan komprehensif.

 

Isu dan masalah

Bagi memastikan teknologi AI ini dapat berfungsi dan membuahkan hasil mengikut keperluan terhadap semua pemegang taruh atau pihak berkepentingan, diharapkan semua perlu berubah daripada penggunaan sistem konvensional kepada sistem yang terkini atau moden.

 

Di samping itu, pihak pentadbir juga perlu lebih aktif dan dinamik bagi memastikan kemudahan yang disediakan bagi mengimplementasikan teknologi AI ini dapat dicapai pada setiap masa yang lebih dikenali dengan 24/7 oleh komuniti pendidikan terutamanya bagi memastikan urusan pendigitalan dapat beroperasi secara inklusif.

 

.

.

.

... ikuti artikel selanjutnya di Harian Metro (20 Ogos 2023)

 

Rusli

Penulis adalah Profesor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM); Pemikir Penyelidikan di Institut Kajian Sains Sosial (IPSAS), UPM dan Timbalan Pengerusi, Kluster ICT, Majlis Profesor Negara

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 24/08/2023 | Kemaskini: 24/08/2023 | akmalhafiz

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6501
03-9769 6576
SXEdXAC~