Pengenalan
Jabatan Sains Komputer berhasrat untuk meningkatkan penyelidikan dan amalan dalam tiga bidang utama iaitu pangkalan data, pengkomputeran pintar dan keselamatan maklumat. Ia adalah sebuah jabatan yang berkembang pesat dengan program akademik sarjana muda yang memberi inspirasi dan rekod penyelidikan yang cemerlang.
Jabatan ini komited dalam menerajui pengajian tinggi kelas dunia dalam teknologi pengkomputeran dan melahirkan graduan yang mahir dan mampu untuk memenuhi keperluan Malaysia yang dinamik. Jabatan itu mempunyai komuniti staf akademik yang berpengalaman, mesra dan bersemangat yang sentiasa bersedia memberi panduan kepada pelajar dalam laluan mereka ke arah kecemerlangan.
Objektif
Jabatan ini telah ditubuhkan untuk:
Program Akademik
Jabatan Sains Komputer menawarkan program Bacelor Sains Komputer dengan Kepujian. Program bacelor ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan yang mantap dalam seni bina perkakasan, perisian, dan reka bentuk dan pembangunan aplikasi.
Prospek Pekerjaan
Graduan Sains Komputer mempunyai peluang pekerjaan yang baik di kedua-dua sektor awam dan swasta, terutamanya pekerjaan yang berkaitan dengan industri komputer. Jawatan tersedia untuk graduan termasuk:
Graduan juga layak untuk meneruskan pengajian keperingkat siswazah.
Kemaskini:: 05/06/2026 [aimiaqilah]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Unit Akademik: 03-9769 1737
Unit Siswazah dan Antarabangsa: 03-9769 1742
Unit Komunikasi Korporat: 03-9769 3096