Jabatan Multimedia | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» MENGENAI KAMI » Jabatan » Jabatan Multimedia

Jabatan Multimedia

Pengenalan

Jabatan Multimedia ditubuhkan untuk memperkenalkan secara meluas pelbagai kursus prasiswazah yang akan membangunkan kemahiran dalam komputeran multimedia dan juga pengetahuan secara mendalam berkaitan dengan teknologi multimedia terkini. Semua kursus yang ditawarkan adalah direka bentuk untuk memberikan pelajar satu kefahaman mendalam berkaitan teknologi multimedia dan kemahiran yang membolehkan pelajar membangunkan perisian baharu dengan menggunakan multimedia secara kreatif yang mana ini bertujuan untuk mencapai institusi  komputeran multimedia kelas pertama.

 
Objektif

Jabatan Multimedia ditubuhkan bertujuan untuk:

  1. Menyedia dan menawar kursus Multimedia yang berprestij bagi merealisasikan matlamat Koridor Raya Multimedia (MSC) di dalam era teknologi maklumat.
  2. Menjadi pusat kecemerlangan pengajaran dan penyelidikan dalam komuniti teknologi multimedia dan dalam bidang pembangunan aplikasi multimedia serta komputeran multimedia.
  3. Memberi kemahiran, kaedah dan teknik yang diperlukan dalam mereka bentuk dan merealisasikan sistem multimedia.
  4. Menghasilkan graduan yang berpengetahuan tinggi dalam aspek teori dan praktikal dalam bidang Pengkomputeran Multimedia untuk memenuhi aspirasi negara serta serba boleh dan berdaya saing di peringkat global.
  5. Menghasilkan ahli profesional komputer yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, berhemah dan beretika tinggi.
  6. Membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan bagi tujuan inovasi dan pengajian lanjutan.


Program Akademik

Jabatan menawarkan program Bacelor Sains Komputer (Multimedia), Master Sains Komputer (Multimedia), Master Sains dan Ijazah Kedoktoran Falsafah. Program yang ditawarkan adalah menepati kehendak industri  dalam meningkatkan kepakaran profesional dan teknikal dalam bidang komputeran multimedia. Kursus yang ditawarkan mengkhusus ke arah sistem perisian untuk produksi multimedia, kombinasi aplikasi internet dan multimedia, latihan praktikal dalam teknologi produksi audio dan video dan juga animasi komputer.

 
Bacelor Sains Komputer (Multimedia)

Program ijazah ini akan menumpukan kepada konsep sains komputer bersama multimedia, industri maklumat elektronik, konsep hiperteks dan hipermedia, aplikasi multimedia dalam pendidikan dan latihan, aplikasi multimedia dalam perniagaan dan bidang profesional, aplikasi multimedia dalam permainan komputer dan hiburan, sistem pencapaian maklumat multimedia, pendigitan audio tampak dan lain-lain. Di samping itu, pelajar juga didedahkan kepada kitaran hidup pembangunan dan reka bentuk multimedia. Pelajar juga akan diperkenalkan kepada teknologi dan sistem  terkini dengan mengikuti lawatan ke industri dan semasa tempoh latihan industri masing-masing.Pelajar juga akan menguasai ilmu yang cukup dalam bidang Komputeran Multimedia; mencapai tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkahlaku beretika; mencapai akauntabiliti sosial; menguasai kemahiran teknikal Komputeran Multimedia; menguasai kecekapan berkomunikasi dan bekerja dalam pasukan; menguasai kecekapan mengurus maklumat dan berkebolehan belajar sepanjang hayat; mencapai keupayaan berfikir secara kritis; mencapai kemahiran mengurus dan keusahawanan; dan mencapai nilai-nilai kepimpinan.

 
Struktur Kurikulum

Program dibahagikan kepada lima komponen iaitu kursus universiti, teras, pengkhususan, elektif pengkhususan dan modul bebas. Komponen kursus universiti terdiri daripada 21 kredit, modul teras adalah 54 kredit, pengkhususan adalah 24 kredit, elektif pengkhususan adalah 12 kredit dan modul bebas adalah 12 kredit. Jumlah keseluruhan kredit untuk bergraduat ialah 123 kredit tidak termasuk 2 kredit kursus ko-kurikulum.

»   Kursus Universiti (21 kredit)

  • BBI2423- Academic Interaction and Presentation
  • BBI2424- Academic Writing
  • KOM3403- Pengucapan Awam 
  • MGM3180- Asas Keusahawanan
  • PRT2008- Pertanian dan Manusia
  • SKP2101- Kenegaraan Malaysia
  • SKP2203- Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  • SKP2204- Hubungan Etnik

 »   Modul Teras (54 kredit)

  • MTH3100- Kalkulus
  • SSE3001- Pengenalan kepada Kejuruteraan Perisian
  • SIM4207- Etika dalam Pengkomputeran
  • SKR3200- Komunikasi dan Rangkaian Komputer
  • SSK3003- Struktur Diskret
  • SSK3100- Pengaturcaraan Komputer I
  • SSK3101- Pengaturcaraan Komputer II
  • SSK3118- Struktur Data dan Algoritma
  • SSK3207- Organisasi Komputer dan Bahasa Himpunan
  • SSK3313- Sistem Pengoperasian
  • SSK3408- Pembangunan Aplikasi Pangkalan Data
  • SKM4901- Latihan Industri
  • SKM4949- Projek Bacelor

»    Pengkhususan (24 kredit)

  • SKM3200- Grafik Komputer
  • SKM3300- Pembangunan Aplikasi Multimedia
  • SKM4200- Animasi Komputer
  • SKM4212- Pendigitan Audio Tampak
  • SKM4213- Pemprosesan Imej Digital
  • SKM3001- Teknologi Multimedia
  • SKM4214- Pengecaman Corak
  • SSE3202- Interaksi Manusia-Komputer

  »   Elektif Pengkhususan (Pilih sekurang-kurangnya 12 kredit)

  • SKM3201- Pemodelan dan Kemasan Grafik Komputer
  • SKM3202- Psikologi Kognitif untuk Pembelajaran Berasaskan Komputer
  • SKM3203- Analisis dan Reka Bentuk  Permainan Komputer
  • SKM4201- Kenyataan Maya
  • SKM4203- Reka Bentuk dan Produksi Audio Tampak
  • SKM4204- Kecerdasan Buatan Dalam Permainan Komputer
  • SKM4207- Pemampatan Data
  • SKM4215- Elemen Reka Bentuk Kreatif
  • SKM4209- Pemprosesan Bahasa Tabii
  • SKM4210- Pemprosesan Pertuturan
  • SKM4301- Dapatan Semula Maklumat Multimedia
  • SKM4310- Pembangunan Permainan Komputer
  • SKM4311- Animasi untuk Produksi Multimedia
  • SKM4312- Pembangunan Perisian Multimedia Pendidikan
  • SKM4400- Pengurusan Projek Multimedia
  • SSK4505- Keselamatan Sistem Komputer
  • SKR4307- Aplikasi Bergerak
  • SKM4211- Pemprosesan Bunyi
  • SKM4313- Aplikasi Realiti Imbuhan
  • SKR3202- Pengkomputeran Selari dan Teragih
  • SSK3102- Pengaturcaraan Sistem Terbenam

 »   Modul Bebas (Pilih sekurang-kurangnya 12 kredit)

  • Pelajar dikehendaki memilih sekurang-kurangnya 12 kredit daripada mana-mana kursus termasuk satu kursus bahasa selain Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris dengan kebenaran Ketua Jabatan


Prospek Pekerjaan

Jabatan Multimedia bersedia untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang pengaturcaraan, pembangunan dan pengurusan multimedia. Di antara bidang pekerjaan yang boleh diceburi oleh bakal-bakal graduan jabatan ini adalah seperti berikut:

  • »   Pembangun Perisian Multimedia
  • »   Perunding Multimedia
  • »   Pembangun Alat Perisian Multimedia
  • »   Usahawan Perisian
  • »   Juruanalisa Sistem
  • »   Ahli Akademik
  • »   Juruanalisa Pengaturcaraan
  • »   Penyelidik
  • »   Pengurus Projek Perisian Multimedia
  • »   Pembangun Aplikasi Mudah-alih

Graduan juga mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.


Kemaskini:: 18/01/2016 [farahdeena]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97696501
03 89466576
B1566770846