Jabatan Kejuruteraan Perisian Dan Sistem Maklumat | FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
» MENGENAI KAMI » Jabatan » Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat

Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat

Pengenalan


Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat ditubuhkan serentak dengan penubuhan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat pada Oktober 1998. Jabatan menawarkan program Bacelor Kejuruteraan Perisian.


Objektif


Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat ditubuhkan bertujuan untuk:

  1. Menyediakan dan menawarkan kursus kejuruteraan perisian dan sistem maklumat yang diperlukan dalam menentukan kecekapan dan keberkesanan sistem aplikasi yang digunakan dalam organisasi;
  2. Mengeluarkan graduan mahir dalam teknikal dan pengurusan  pembangunan perisian dan alat perisian;
  3. Melahirkan graduan mahir dalam menentukan keperluan sistem maklumat organisasi dan dapat menangani masalah kemanusiaan yang timbul dari sistem maklumat;
  4. Menghasilkan graduan yang mampu membantu organisasi mengenal pasti dan menyediakan keperluan teknologi maklumat dengan tepat; dan
  5. Menjadi pusat pengajaran dan penyelidikan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat yang unggul.


Program Akademik


Jabatan Kejuruteraan Perisian dan Sistem Maklumat menawarkan program pengajian Bacelor Kejuruteraan Perisian. Matlamat program ini adalah untuk: 

  1. Menghasilkan jurutera perisian berketrampilan yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran yang mampu menerajui industri pengkomputeran negara.
  2. Menghasilkan graduan yang berpotensi untuk menjadi teknousahawan yang kreatif dan inovatif dalam menjalankan perniagaan sendiri secara beretika.
  3. Menghasilkan penyelidik yang mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan perisian di peringkat siswazah.


Bacelor Kejuruteraan Perisian


Program ini memfokuskan kepada kemahiran pembangunan perisian dan juga mereka bentuk perisian komputer serta penggunaannya dalam pemprosesan maklumat.

Pengajian dalam seni bina komputer menyediakan pemahaman asas terhadap struktur fizikal, komponen dan fungsi komputer. Pemahaman tersebut adalah sangat penting bagi manfaatkan  komputer sebagai satu mesin yang berkuasa untuk menyimpan dan memproses maklumat. Tatanda dan formalisasi maklumat perlu tersedia rapi sebelum maklumat diproses. Ini bergantung kepada struktur maklumat dan aliran proses, yang menuju kepada pembangunan aplikasi perisian yang melibatkan struktur data, algoritma dan pendekatan pengaturcaraan yang diperlukan.

Dalam dunia nyata, penghasilan aplikasi komputer adalah kompleks dan amat mencabar. Dengan yang demikian, teknik algoritma perlu diperkenal dan diaplikasikan. Maklumat yang bertimbun perlu diurus dengan sebaik mungkin, dan ini memerlukan pengetahuan dalam teori struktur fail, pangkalan data dan kemahiran dapatan maklumat. Kemahiran pengurusan maklumat disediakan dengan alternatif penyelesaian masalah menggunakan kecerdasan buatan, permodelan sistem dan simulasi, teori pengiraan dan pangkalan data.

Program ini menekankan prinsip utama kejuruteraan perisian, kaedah dan alat perisian bagi pembangunan sistem perisian, termasuk pengurusan projek perisian, penggunaan alat perisian seperti CASE Tools, serta kualiti perisian. Ini dapat menyediakan asas yang kukuh untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Struktur Kurikulum


Program dibahagikan kepada lima komponen iaitu kursus universiti, teras, pengkhususan, elektif pengkhususan dan modul bebas. Komponen kursus universiti terdiri daripada 21 kredit, modul teras adalah 78 kredit, elektif bidang adalah 12 kredit dan modul bebas adalah 12 kredit. Jumlah keseluruhan kredit untuk bergraduat ialah 123 kredit tidak termasuk 2 kredit kursus ko-kurikulum.
 

»   Kursus Universiti (21 kredit)

  • BBI2423- Academic Interaction and Presentation
  • BBI2424- Academic Writing
  • KOM3403- Pengucapan Awam 
  • MGM3180- Asas Keusahawanan
  • PRT2008- Pertanian dan Manusia
  • SKP2101- Kenegaraan Malaysia
  • SKP2203- Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  • SKP2204- Hubungan Etnik

 »   Modul Teras (78 kredit)

  • MTH3100- Kalkulus
  • SSK3100- Pengaturcaraan Komputer I
  • SSK3101- Pengaturcaraan Komputer II
  • SSK3003- Struktur Diskret
  • SSK3118- Struktur Data dan Algoritma
  • SSK3207- Organisasi Komputer dan Bahasa Himpunan
  • SSK3313- Sistem Pengoperasian
  • SSK3408- Pembangunan Aplikasi Pangkalan Data
  • SIM3251- Statistik bagi Sains Komputer
  • SKR3200- Komunikasi dan Rangkaian Komputer
  • SSE3150- Pembangunan Aplikasi Web
  • SSE3306- Antaramuka Manusia-Komputer
  • SSE3301- Kejuruteraan Keperluan Perisian
  • SSE3304- Reka Bentuk Perisian
  • SSE3305- Pengujian Perisian
  • SSE4306- Kualiti Perisian
  • SSE4300- Pengurusan Projek Perisian
  • SSE4301- Projek Kejuruteraan Perisian Berpasukan
  • SIM4207- Etika dalam Pengkomputeran
  • SSE4901- Latihan Industri
  • SSE4949- Projek Bacelor

»    Elektif Bidang (Pilih sekurang-kurangnya  12 kredit)

  • SIM4208- Perdagangan Elektronik
  • SSE4350- Seni Bina Perisian
  • SSE4351- Penyelenggaraan dan Evolusi Perisian
  • SSE4353- Pembangunan Perisian Berasaskan Komponen
  • SSE4354- Pembangunan Sistem Enterpris
  • SSE4355- Kejuruteraan Perisian Masa Nyata
  • SIM4200- Sistem Maklumat
  • SSE4303- Kaedah Formal dalam Pembangunan Perisian
  • SSK4205- Reka Bentuk Pengkompil
  • SSK4401- Sistem Pangkalan Data
  • SSK4505- Keselamatan Sistem Komputer
  • SSK4617- Agen Komputeran 

»   Modul Bebas (Pilih sekurang-kurangnya 12 kredit)

  • Pelajar dikehendaki memilih sekurang-kurangnya 12 kredit daripada mana-mana kursus termasuk satu kursus bahasa selain Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris dengan kebenaran Ketua Jabatan

Prospek Pekerjaan


Graduan Bacelor Kejuruteraan Perisian dapat menceburi pelbagai  bidang pekerjaan, khususnya, berkaitan industri komputer,  sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta. Antara jawatan yang boleh dipenuhi oleh graduan program ini ialah:

»   Jurutera Perisian                                         
»   Pengurus Projek Perisian
»   Jurutera Jaminan Kualiti Perisian             
»   Juru Analisis Sistem
»   Jurutera Pembangunan Perisian
»   Penguji Perisian
»   Penyenggara Perisian    
»   Perunding Pembangunan Perisian
»   Pentadbir Sistem Aplikasi
»   Pegawai Teknologi Maklumat
»   Pengaturcara Perisian
»   Perekabentuk Sistem Perisian
»   Pakar Keselamatan ICT
»   Pegawai Penyelidik

                         
Graduan juga layak untuk meneruskan pengajian ke peringkat siswazah.

 


Kemaskini:: 21/01/2016 [farahdeena]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 97696501
03 89466576
B1566772797